Jumaat, 12 Ogos 2011

Jumaat12 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan kadar zakat yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan bagi tahun 1432. Bagi zakat mata wang Malaysia kadar dikenakan zakat sebanyak RM11,000 bagi haul antara Ramadan 1432H hingga Ramadan 1433H dan zakat fitrah sebanyak RM7.00 seorang.



2. Pembayaran zakat boleh ditunaikan melalui beliau sendiri, Tn Hj Nor, pembantu imam dan bilal.

3. Membuka peluang kepada anak mukim membeli tanah untuk diwakafkan sebagai tapak masjid baharu Beris Bechah Semak pada bulan Ramadhan.

4. Memaklumkan pada 19 Ramadhan bersamaan 19 Ogos, Masjid Beris Bechah Semak mengadakan majlis berbuka puasa sempena memungut derma untuk pembelian tanah tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak.


5. Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Khalid, penceramah bebas. Beliau telah menyentuh tentang kepentingan kita menjaga puasa dalam bulan Ramadhan.

     Sempena Ramadhan juga beliau menjelaskan erti sebenar "BERSATU" dalam konteks Islam. Beliau menekankan 4 aspek yang perlu ada dalam konsep bersatu. 

      Pertamanya sebagai umat Islam kita perlu bersatu atas aqidah Islam yang sebenarnya. 

   Kedua, kita hendaklah bersatu dalam melaksana dan mematuhi hukum Islam yang terdiri dari wajib, sunat, makhruh, harus dan haram. 

   Ketiganya bersatu dalam mengenal saudara seislam (wehdatul fikri) dan sahabat serta menghadapi musuh kita yang terdiri dari syaitan, nafsu, orang kuffar dan orang Islam yang durhaka (asi). 

  Dan akhir sekali beliau menyarankan supaya kita bersatu dalam menghadapi masalah khilafiah (furu') supaya tidak berlaku pecah belah, perlu bertolak ansur dan saling memahami mengikut pandangan masing-masing yang dibolehkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan