Jumaat, 12 Ogos 2011

Jumaat12 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan kadar zakat yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan bagi tahun 1432. Bagi zakat mata wang Malaysia kadar dikenakan zakat sebanyak RM11,000 bagi haul antara Ramadan 1432H hingga Ramadan 1433H dan zakat fitrah sebanyak RM7.00 seorang.



2. Pembayaran zakat boleh ditunaikan melalui beliau sendiri, Tn Hj Nor, pembantu imam dan bilal.

3. Membuka peluang kepada anak mukim membeli tanah untuk diwakafkan sebagai tapak masjid baharu Beris Bechah Semak pada bulan Ramadhan.

4. Memaklumkan pada 19 Ramadhan bersamaan 19 Ogos, Masjid Beris Bechah Semak mengadakan majlis berbuka puasa sempena memungut derma untuk pembelian tanah tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak.


5. Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Khalid, penceramah bebas. Beliau telah menyentuh tentang kepentingan kita menjaga puasa dalam bulan Ramadhan.

     Sempena Ramadhan juga beliau menjelaskan erti sebenar "BERSATU" dalam konteks Islam. Beliau menekankan 4 aspek yang perlu ada dalam konsep bersatu. 

      Pertamanya sebagai umat Islam kita perlu bersatu atas aqidah Islam yang sebenarnya. 

   Kedua, kita hendaklah bersatu dalam melaksana dan mematuhi hukum Islam yang terdiri dari wajib, sunat, makhruh, harus dan haram. 

   Ketiganya bersatu dalam mengenal saudara seislam (wehdatul fikri) dan sahabat serta menghadapi musuh kita yang terdiri dari syaitan, nafsu, orang kuffar dan orang Islam yang durhaka (asi). 

  Dan akhir sekali beliau menyarankan supaya kita bersatu dalam menghadapi masalah khilafiah (furu') supaya tidak berlaku pecah belah, perlu bertolak ansur dan saling memahami mengikut pandangan masing-masing yang dibolehkan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jumaat 7 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan saham dunia dan akhirat mampu milik untuk ahli jumaat. Menawarkan pembelian tanah untuk diwakafkan menjadi tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak. Harganya mampu beli tetapi nilainya tak termampu dihitung, RM25.00 satu kaki persegi. Yang berminat boleh menghubungi beliau dan ajk masjid.

2. Tazkirah 1: Ustaz Abdul Bari, Imam Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian, menyenaraikan 5 perkara yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan. Pertama puasa, kedua solat, ketiga sedekah, keempat qiam dan kelima tadarus al-quran. Beliau mengingatkan supaya puasa menjadi satu ibadah bukannya adat. Pengetahuan tentang puasa mestilah dipertingkatkan supaya kita tahu makna melakukan ibadah berkenaan. Allah menyuruh kita berpuasa pada bulan Ramadhan kerana mempunyai rahsia yang amat besar, merupakan gadaian-gadaian yang akan ditebus pada hari akhirat kelak.

3. Kelas tulisan Jawi yang dikelolakan oleh Tuan Haji Nor, kepada kanak-kanak mukim, bermula selepas solat Asar sehingga jam 6.00 petang. Yang berminat boleh menyertainya.

TAZKIRAH RAMADHAN 1432H

Sudah menjadi tradisi, pada setiap Ramadhan, Masjid Bechah Semak mengadakan Tazkirah Ramadhan untuk ahli khairiahnya. Program ini bermula selepas solat Jumaat dengan seorang pentazkirah jemputan menyampaikan ilmu dan pengajaran sempena bulan mulia Ramadhan ini selama kira-kira satu jam. Sambutan ahli jemaah sangat menggalakkan sekali.

Pada tahun ini, program mulia ini diteruskan dengan jayanya. Jadual tazkirah boleh dirujuk di papan kenyataan masjid dan pembaca blog boleh mendapat maklumat seperti di bawah;

       Jumaat                                      Pentazkirah
      Minggu 1                         Ustaz Abdul Bari b Abdullah
      Minggu 2                         Ustaz Anuar Sadat b Mat Nor
      Minggu 3                         Ustaz Mohd Suhaimi b Mohamad
      Minggu 4                         Ustaz Zaini b Mustafa        

Semoga kita semua mendapat manfaat. Insya' Allah. 

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SALAM 
RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H 
KEPADA SEMUA 
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT  
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAH  KEBEKATAN DAN KEAMPUNAN KEPADA KITA SEMUA.

Ahad, 26 Jun 2011

Perasmian Program MGS dan Ceramah Isra' Mikraj

       Pada 26 Jun 2011, Program Membina Generasi Solat, Masjid Bechah Semak telah dirasmikan oleh  Tuan Haji Anuar Al Sadat bin Haji Nor, Pegawai Agama (Qadhi) Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Majlis bermula jam 6.40 petang dengan kehadiran semua anak qariah masjid yang mengikuti program MGS beserta ibu bapa mereka dan ahli qariah yang lain. Kehadiran sangat membanggakan dengan jumlah melebihi 100 orang. 

       Majlis dimulakan selesai solat Maghrib, dengan ucapan aluan oleh Ustaz Zahrain b Hj Saleh, Imam Muda Masjid yang begitu teruja dengan kedatangan Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas ke Masjid Bechah Semak untuk sekian kalinya. Beliau turut mengharapkan agar ibu bapa bersama anak-anak dalam majlis tersebut dapat mengambil iktibar dari apa yang telah dilakukan oleh pihak masjid terhadap pembinaan solat dalam diri anak-anak ahli qariah. Bermula bulan Februari yang lalu dan akan tamat pada bulan Julai nanti, beliau sangat mengharapkan supaya ibu bapa mengambil berat tentang solat anak-anak.


       Tuan Haji Anuar Al Sadat, Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, dalam ucapan perasmian dan ceramah isra' mikraj pula banyak memberi penekanan mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dalam hal solat. Beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak masjid supaya meneruskan program MGS, biar pun program sebenar akan tamat pada bulan Julai nanti. 


       Beliau turut menyentuh peristiwa dalam isra' dan mikraj Rasulullah dan kaitannya dengan fenomena serta realiti yang berlaku pada hari ini. Beliau meminta ibu bapa supaya dapat menjaga anak-anak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial yang cukup membimbangkan. Selain itu, beliau menyeru agar ibu bapa membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama bersolat jemaah agar tersimpan dalam hati mereka nanti mencintai masjid serta jemaah di masjid akan berterusan sehingga bila-bila.

Sebahagian ahli qariah yang hadir

Anak-anak ahli qariah yang mengikuti program MGS
Anak-anak perempuan ahli qariah program MGS


Ceramah Pegawai Agama turut mencuit hati jemaah



Jumaat, 27 Mei 2011

Niat-niat Solat Fardhu dan Bacaan Dalam Solat

    Pada hari ini, pengajaran berkaitan dengan niat dalam solat fardhu dan bacaan dalam solat. Pendedahan ini dapat menyedarkan anak-anak bagaimana berniat ketika hendak menunaikan solat dan mengetahui bacaan-bacaan wajib serta sunat. 








Isnin, 16 Mei 2011

Jom Bersolat

Ayuh anak-anak muda kita menunaikan solat. Solat itu tiang agama. Jika tidak bersolat maka kita meruntuhkan tiang agama dan sangat besar dosanya. 
Apa lagi, di masjid mukim kita telah diadakan program Membina Generasi Solat untuk membimbing kita bersolat dengan betul dan istiqamah dengannya. Datanglah ke masjid pada setiap petang Jumaat bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang untuk sama-sama kita memenuhi tuntutan Allah demi menyelamatkan diri kita dunia dan akhirat.

 Tekun mengikuti pengajian tentang solat

Inilah aset agama yang perlu diasah untuk kegemilangan ummah


Mereka memerlukan bimbingan ke arah kebenaran

Sumbangan Derma

Ahli Jawatankuasa Membina Generasi Solat, Masjid Mukim Bechah Semak memohon sumbangan derma ikhlas daripada tuan puan untuk kesinambungan program tersebut. Ini sebagai satu aset untuk meneruskan program tersebut sepanjang tahun dan menjadi program masjid ke arah mendidik anak-anak dalam mukim supaya tidak mengambil mudah tentang solat. Di samping itu untuk menambahbaik solat yang telah dilaksanakan oleh generasi kita pada hari ini. Dengan sumbangan tersebut dapatlah kita memprogramkan anak-anak kita supaya tidak memandang mudah terhadap kewajipan bersolat.


Khamis, 5 Mei 2011

JADUAL PEMBELAJARAN PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT (MGS) 2011

BIL
TARIKH
TAJUK PEMBELAJARAN
MASA
1
05.02.11
·         Taaruf
·         Fadhilat Solat
·         Ancaman orang yang meninggalkan solat

02.30-04.30 petang
2
12.02.11
Bahagian-bahagian Air
02.30-04.30 petang
3
19.02.11
·         Istinja
·         Hadas
·         Mandi
02.30-04.30 petang
4
26.02.11
Wudu`
02.30-04.30 petang
5
05.03.11
Tayammum
02.30-04.30 petang
6
12.03.11
Azan dan Iqamah
02.30-04.30 petang
7
19.03.11
Syarat-syarat sah solat
02.30-04.30 petang
8
26.03.11
Rukun-rukun solat
02.30-04.30 petang
9
02.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
10
09.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
11
16.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
12
23.04.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
13
30.04.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
14
07.05.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
15
14.05.11
·         Makruh Dalam Solat
·         Perkara yang membatalkan solat
02.30-04.30 petang
16
21.05.11
Perbezaan Antara Solat Lelaki dan Perempuan
02.30-04.30 petang
17
28.05.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
18
04.06.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
19
11.06.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
20
18.06.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
21
25.06.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
22
02.07.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
23
09.07.11
Latihan Amali
02.30-04.30 petang
24
16.07.11
Latihan Amali
02.30-04.30 petang
25
23.07.11
Penyerahan Sijil
08.30-09.30 pagi