Sabtu, 6 Ogos 2011

Jumaat 7 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan saham dunia dan akhirat mampu milik untuk ahli jumaat. Menawarkan pembelian tanah untuk diwakafkan menjadi tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak. Harganya mampu beli tetapi nilainya tak termampu dihitung, RM25.00 satu kaki persegi. Yang berminat boleh menghubungi beliau dan ajk masjid.

2. Tazkirah 1: Ustaz Abdul Bari, Imam Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian, menyenaraikan 5 perkara yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan. Pertama puasa, kedua solat, ketiga sedekah, keempat qiam dan kelima tadarus al-quran. Beliau mengingatkan supaya puasa menjadi satu ibadah bukannya adat. Pengetahuan tentang puasa mestilah dipertingkatkan supaya kita tahu makna melakukan ibadah berkenaan. Allah menyuruh kita berpuasa pada bulan Ramadhan kerana mempunyai rahsia yang amat besar, merupakan gadaian-gadaian yang akan ditebus pada hari akhirat kelak.

3. Kelas tulisan Jawi yang dikelolakan oleh Tuan Haji Nor, kepada kanak-kanak mukim, bermula selepas solat Asar sehingga jam 6.00 petang. Yang berminat boleh menyertainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan