Jumaat, 12 Ogos 2011

Jumaat12 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan kadar zakat yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan bagi tahun 1432. Bagi zakat mata wang Malaysia kadar dikenakan zakat sebanyak RM11,000 bagi haul antara Ramadan 1432H hingga Ramadan 1433H dan zakat fitrah sebanyak RM7.00 seorang.



2. Pembayaran zakat boleh ditunaikan melalui beliau sendiri, Tn Hj Nor, pembantu imam dan bilal.

3. Membuka peluang kepada anak mukim membeli tanah untuk diwakafkan sebagai tapak masjid baharu Beris Bechah Semak pada bulan Ramadhan.

4. Memaklumkan pada 19 Ramadhan bersamaan 19 Ogos, Masjid Beris Bechah Semak mengadakan majlis berbuka puasa sempena memungut derma untuk pembelian tanah tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak.


5. Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Khalid, penceramah bebas. Beliau telah menyentuh tentang kepentingan kita menjaga puasa dalam bulan Ramadhan.

     Sempena Ramadhan juga beliau menjelaskan erti sebenar "BERSATU" dalam konteks Islam. Beliau menekankan 4 aspek yang perlu ada dalam konsep bersatu. 

      Pertamanya sebagai umat Islam kita perlu bersatu atas aqidah Islam yang sebenarnya. 

   Kedua, kita hendaklah bersatu dalam melaksana dan mematuhi hukum Islam yang terdiri dari wajib, sunat, makhruh, harus dan haram. 

   Ketiganya bersatu dalam mengenal saudara seislam (wehdatul fikri) dan sahabat serta menghadapi musuh kita yang terdiri dari syaitan, nafsu, orang kuffar dan orang Islam yang durhaka (asi). 

  Dan akhir sekali beliau menyarankan supaya kita bersatu dalam menghadapi masalah khilafiah (furu') supaya tidak berlaku pecah belah, perlu bertolak ansur dan saling memahami mengikut pandangan masing-masing yang dibolehkan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jumaat 7 Ramadhan 1432

Peristiwa Penting Masjid Bechah Semak hari ini.


1. Tuan Imam, Ustaz Zahrain mengumumkan saham dunia dan akhirat mampu milik untuk ahli jumaat. Menawarkan pembelian tanah untuk diwakafkan menjadi tapak baharu Masjid Beris Bechah Semak. Harganya mampu beli tetapi nilainya tak termampu dihitung, RM25.00 satu kaki persegi. Yang berminat boleh menghubungi beliau dan ajk masjid.

2. Tazkirah 1: Ustaz Abdul Bari, Imam Masjid Ismail Petra, Kubang Kerian, menyenaraikan 5 perkara yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan. Pertama puasa, kedua solat, ketiga sedekah, keempat qiam dan kelima tadarus al-quran. Beliau mengingatkan supaya puasa menjadi satu ibadah bukannya adat. Pengetahuan tentang puasa mestilah dipertingkatkan supaya kita tahu makna melakukan ibadah berkenaan. Allah menyuruh kita berpuasa pada bulan Ramadhan kerana mempunyai rahsia yang amat besar, merupakan gadaian-gadaian yang akan ditebus pada hari akhirat kelak.

3. Kelas tulisan Jawi yang dikelolakan oleh Tuan Haji Nor, kepada kanak-kanak mukim, bermula selepas solat Asar sehingga jam 6.00 petang. Yang berminat boleh menyertainya.

TAZKIRAH RAMADHAN 1432H

Sudah menjadi tradisi, pada setiap Ramadhan, Masjid Bechah Semak mengadakan Tazkirah Ramadhan untuk ahli khairiahnya. Program ini bermula selepas solat Jumaat dengan seorang pentazkirah jemputan menyampaikan ilmu dan pengajaran sempena bulan mulia Ramadhan ini selama kira-kira satu jam. Sambutan ahli jemaah sangat menggalakkan sekali.

Pada tahun ini, program mulia ini diteruskan dengan jayanya. Jadual tazkirah boleh dirujuk di papan kenyataan masjid dan pembaca blog boleh mendapat maklumat seperti di bawah;

       Jumaat                                      Pentazkirah
      Minggu 1                         Ustaz Abdul Bari b Abdullah
      Minggu 2                         Ustaz Anuar Sadat b Mat Nor
      Minggu 3                         Ustaz Mohd Suhaimi b Mohamad
      Minggu 4                         Ustaz Zaini b Mustafa        

Semoga kita semua mendapat manfaat. Insya' Allah. 

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SALAM 
RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H 
KEPADA SEMUA 
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT  
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAH  KEBEKATAN DAN KEAMPUNAN KEPADA KITA SEMUA.