Bismillahhirrahma nirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya maka dapat pihak Masjid Beris Bechah Semak mengadakan Program Membina Generasi Solat 2011. Program ini buat julung kalinya di laksanakan merupakan satu langkah proaktif pihak Masjid untuk menyebarkan luaskan lagi ilmu fardu ain dan mendekatkan golongan muda dengan masjid.
Setiap silibus yang dirangka sangat menarik dan tersusun agar dapat member impak lebih besar kepada kefahaman golongan muda. Kandungan silibus juga bertepatan dengan apa yang telah di gariskan agama Islam melalui Al-Quran dan As sunnah sebagaimana hadis di bawah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Telah ku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya” (Malik).
Jelas dapat difahami bahawa pengajian daripada Al-Quran dan As sunnah perlu menjadi tunjang utama dalam setiap ilmu. Program Membina Generasi Solat 2011 memberi satu kelainan daripada program-program lain seumpama ini dengan penampilan silibus yang lebih tersusun dan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengetahuan tinggi dalam bidang Agama Islam.
Semoga segala usaha yang murni ini akan terus mendapat sokongan dan dokongan tanpa berbelah bahagi daripada masyarakat setempat dan juga pihak-pihak berwajib.
JUSTIFIKASI
Golongan muda merupakan nadi kepada kepimpinan masa hadapan. Gejala negative yang melanda remaja kini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan jati diri yang rapuh.
Golongan ini wajar didekati untuk bersama mereka dalam menangani permasalahan seharian mereka. Kewujudan program Membina Generasi Solat 2011 adalah sangat bertepatan dalam memberi kefahaman Islam dan menekankan aspek solat yang sering diabaikan. Kefahaman dan kesedaran tentang peri pentingnya solat bakal melahirkan generasi baru yang lebih prihatin dan berdaya saing serta tidak lupa akan tanggungjawab agam yang terpikul ke atas setiap mukallaf.
MISI
- 1) Membentuk generasi muda yang menitik beratkan solat dalam kehidupan
- 2) Menterjemahkan konsep ibadah dalam kehidupan seharian
OBJEKTIF
- 1) Memberi kefahaman lengkap tentang solat kepada generasi muda
- 2) Membentuk keperibadian mulia melalui solat
- 3) Menjadikan Al-Quran dan As sunnah sebagai sumber rujukan seharian
MOTTO
“ Generasi Solat Generasi Syurga”
TARIKH PERLAKSANAAN
05 Februari 2011 - 23 Julai 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan