Khamis, 5 Mei 2011

PELAKSANAAN PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT 2011

            Pendaftaran
-        Setiap pelajar mestilah mengisi borang pendaftaran pelajar dan membayar yuran sebanyak RM    5.00 kepada Mudarris/Mudarrisah.
-      Borang yang telah siap diisi dan yuran sebanyak RM 5.00 itu diserahkan kepada Pihak Pejabat Agama Jajahan untuk diserahkan kepada Tabung Pembangunan Remaja MGS Negeri Kelantan.

Kehadiran
-          Setiap pelajar wajib hadir pada setiap sesi .
-          Mudarris/Mudarrisah hendaklah membuat catatan kehadiran setiap pelajar.
-          Hanya pelajar yang mencatat kehadiran 90% sahaja layak memperolehi sijil

Pakaian
-          Setiap pelajar mestilah berpakaian sopan dan bersedia untuk melakukan solat
-          Pelajar lelaki memakai kopiah/songkok manakala perempuan pula bertudung.

             Perjalanan kelas
-    Setiap pelajar hendaklah mengikuti jadual yang telah disusun oleh Pihak Urusetia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
-     Mudarris/Mudarrisah  hendaklah mengikut sukatan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat di jadual pembelajaran MGS 2011 bermula 05 hb Januari 2011 -23 hb Julai 2011.

           Lawatan kenaziran
-          Kelas akan dilawati oleh Unit Kenaziran Dakwah Halaqat mengikut format yang telah ditetapkan.

2 ulasan: