Jumaat, 27 Mei 2011

Niat-niat Solat Fardhu dan Bacaan Dalam Solat

    Pada hari ini, pengajaran berkaitan dengan niat dalam solat fardhu dan bacaan dalam solat. Pendedahan ini dapat menyedarkan anak-anak bagaimana berniat ketika hendak menunaikan solat dan mengetahui bacaan-bacaan wajib serta sunat. 








Isnin, 16 Mei 2011

Jom Bersolat

Ayuh anak-anak muda kita menunaikan solat. Solat itu tiang agama. Jika tidak bersolat maka kita meruntuhkan tiang agama dan sangat besar dosanya. 
Apa lagi, di masjid mukim kita telah diadakan program Membina Generasi Solat untuk membimbing kita bersolat dengan betul dan istiqamah dengannya. Datanglah ke masjid pada setiap petang Jumaat bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang untuk sama-sama kita memenuhi tuntutan Allah demi menyelamatkan diri kita dunia dan akhirat.

 Tekun mengikuti pengajian tentang solat

Inilah aset agama yang perlu diasah untuk kegemilangan ummah


Mereka memerlukan bimbingan ke arah kebenaran

Sumbangan Derma

Ahli Jawatankuasa Membina Generasi Solat, Masjid Mukim Bechah Semak memohon sumbangan derma ikhlas daripada tuan puan untuk kesinambungan program tersebut. Ini sebagai satu aset untuk meneruskan program tersebut sepanjang tahun dan menjadi program masjid ke arah mendidik anak-anak dalam mukim supaya tidak mengambil mudah tentang solat. Di samping itu untuk menambahbaik solat yang telah dilaksanakan oleh generasi kita pada hari ini. Dengan sumbangan tersebut dapatlah kita memprogramkan anak-anak kita supaya tidak memandang mudah terhadap kewajipan bersolat.


Khamis, 5 Mei 2011

JADUAL PEMBELAJARAN PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT (MGS) 2011

BIL
TARIKH
TAJUK PEMBELAJARAN
MASA
1
05.02.11
·         Taaruf
·         Fadhilat Solat
·         Ancaman orang yang meninggalkan solat

02.30-04.30 petang
2
12.02.11
Bahagian-bahagian Air
02.30-04.30 petang
3
19.02.11
·         Istinja
·         Hadas
·         Mandi
02.30-04.30 petang
4
26.02.11
Wudu`
02.30-04.30 petang
5
05.03.11
Tayammum
02.30-04.30 petang
6
12.03.11
Azan dan Iqamah
02.30-04.30 petang
7
19.03.11
Syarat-syarat sah solat
02.30-04.30 petang
8
26.03.11
Rukun-rukun solat
02.30-04.30 petang
9
02.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
10
09.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
11
16.04.11
Solat Jamaah
02.30-04.30 petang
12
23.04.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
13
30.04.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
14
07.05.11
Sunat Ab Adh dan sunat Hai`ah
02.30-04.30 petang
15
14.05.11
·         Makruh Dalam Solat
·         Perkara yang membatalkan solat
02.30-04.30 petang
16
21.05.11
Perbezaan Antara Solat Lelaki dan Perempuan
02.30-04.30 petang
17
28.05.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
18
04.06.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
19
11.06.11
·         Niat-niat Sembahyang Fardhu
·         Bacaan Dalam Solat
02.30-04.30 petang
20
18.06.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
21
25.06.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
22
02.07.11
·         Wirid-wirid selepas solat
·         Doa
02.30-04.30 petang
23
09.07.11
Latihan Amali
02.30-04.30 petang
24
16.07.11
Latihan Amali
02.30-04.30 petang
25
23.07.11
Penyerahan Sijil
08.30-09.30 pagi

PELAKSANAAN PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT 2011

            Pendaftaran
-        Setiap pelajar mestilah mengisi borang pendaftaran pelajar dan membayar yuran sebanyak RM    5.00 kepada Mudarris/Mudarrisah.
-      Borang yang telah siap diisi dan yuran sebanyak RM 5.00 itu diserahkan kepada Pihak Pejabat Agama Jajahan untuk diserahkan kepada Tabung Pembangunan Remaja MGS Negeri Kelantan.

Kehadiran
-          Setiap pelajar wajib hadir pada setiap sesi .
-          Mudarris/Mudarrisah hendaklah membuat catatan kehadiran setiap pelajar.
-          Hanya pelajar yang mencatat kehadiran 90% sahaja layak memperolehi sijil

Pakaian
-          Setiap pelajar mestilah berpakaian sopan dan bersedia untuk melakukan solat
-          Pelajar lelaki memakai kopiah/songkok manakala perempuan pula bertudung.

             Perjalanan kelas
-    Setiap pelajar hendaklah mengikuti jadual yang telah disusun oleh Pihak Urusetia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
-     Mudarris/Mudarrisah  hendaklah mengikut sukatan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat di jadual pembelajaran MGS 2011 bermula 05 hb Januari 2011 -23 hb Julai 2011.

           Lawatan kenaziran
-          Kelas akan dilawati oleh Unit Kenaziran Dakwah Halaqat mengikut format yang telah ditetapkan.

CARTA ORGANISASI PROGRAM MGS 2011 MASJID BERIS BECHAH SEMAK

PENGERUSI
Muhamad Sazidin B. Yazid

TIMB. PENGERUSI
Noor Muhammad B  Md Salleh

SETIAUSAHA
Harmizi B Salleh

BENDAHARI
   Cikgu Kamal
      Hj. Syafiin

MAYBANK: 153010635402 (Tel:012-9848219)

AHLI JAWATANKUASA (AJK)
       Abdullah B Hamat
       Abdurrahman B Abas
      Abdurrahman B Syafie
    Che Mat B Mamat
     Abdullah B Bidin
      Husin B Awang
       Zulkifli B Derani
     Hj Mat
      Masri B Mat Junuh
   Makhtar B Mat Junuh
   Abdullah B Ramli
   Hussin B Puteh



SENARAI TENAGA PENGAJAR PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT 2011

Mudarris
       Ustaz Muhammad Sazidin
      Ustaz Abdullah Bidin
     Ustaz Mohd Alimin Osman
     Ustaz Noor Mohd B Salleh

Mudarrisah
     Ustazah Amizan Bt Hussin
    Ustazah Noorashimah Bt Mohamad

PENDAHULUAN

Bismillahhirrahma nirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,  bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya maka dapat pihak Masjid Beris Bechah Semak mengadakan Program Membina Generasi Solat 2011. Program ini buat julung kalinya di laksanakan merupakan satu langkah proaktif pihak Masjid untuk menyebarkan luaskan lagi ilmu fardu ain dan mendekatkan golongan muda dengan masjid.
Setiap silibus yang dirangka sangat menarik dan tersusun agar dapat member impak lebih besar kepada kefahaman golongan muda. Kandungan silibus juga bertepatan dengan apa yang telah di gariskan agama Islam melalui Al-Quran dan As sunnah sebagaimana hadis di bawah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Telah ku tinggalkan  bagi kamu sekalian dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya” (Malik).
Jelas dapat difahami bahawa pengajian daripada Al-Quran dan As sunnah perlu menjadi tunjang utama dalam setiap ilmu. Program Membina Generasi Solat 2011 memberi satu kelainan daripada program-program lain seumpama ini dengan penampilan silibus yang lebih tersusun dan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengetahuan tinggi dalam bidang Agama Islam.
Semoga segala usaha yang murni ini akan terus mendapat sokongan dan dokongan tanpa berbelah bahagi daripada masyarakat setempat dan juga pihak-pihak berwajib.

JUSTIFIKASI
            Golongan muda merupakan nadi kepada kepimpinan masa hadapan.  Gejala negative yang melanda remaja kini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan jati diri yang rapuh.
            Golongan ini wajar didekati untuk bersama mereka dalam menangani permasalahan seharian mereka. Kewujudan program Membina Generasi Solat 2011 adalah sangat bertepatan dalam memberi kefahaman Islam  dan menekankan aspek solat yang sering diabaikan. Kefahaman dan kesedaran tentang peri pentingnya solat bakal melahirkan generasi baru yang lebih prihatin dan berdaya saing serta tidak lupa akan tanggungjawab agam yang terpikul ke atas setiap mukallaf.

MISI
  • 1)      Membentuk generasi muda yang menitik beratkan solat dalam kehidupan
  • 2)      Menterjemahkan konsep ibadah dalam kehidupan seharian

OBJEKTIF
  • 1)      Memberi kefahaman lengkap tentang solat kepada generasi muda
  • 2)      Membentuk keperibadian mulia melalui solat
  • 3)      Menjadikan Al-Quran dan As sunnah sebagai sumber rujukan seharian

MOTTO
“ Generasi Solat Generasi Syurga”

TARIKH PERLAKSANAAN
05 Februari 2011 - 23 Julai 2011