Ahad, 4 November 2012

KHUTBAH JUMAAT: 2/11/2012

 TAJUK: MUHASABAH AKHIR TAHUN


IMAM MUDA bertugas menyampaikan khutbah tersebut: Antara intisari yang perlu direnungi...... 

Kita perlu lakukan 3 perkara:


1. Muhasabah - TAKWA; bertambah atau berkurang?
 


2. Muahadah - janji kita terhadap Allah, dah tunai atau belum? " sesungguhnya solatku,
 
ibadatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Rabb sekalian alam"
 

3. Mujahadah - bercakap berdegar-degar tentang boikot barangan yahudi, tapi kat bibir rokok 
 
masih berasap; bukankah "UNTUNG" rokok tu yahudi yang dapat!



KENA MUJAHADAH TINGGALKAN ROKOK TU....... 
 



Selasa, 16 Oktober 2012

IBADAT KORBAN


ibadat korban adalah ibadat sunat yang dituntut atau sunat muakkad

MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh.


Dalam mazhab Imam Abu Hanifah, ia dipandang sebagai ibadat wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya daripada fardu dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara fardu dan wajib, tidak sebagaimana imam lain).

Hukum wajib ini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa sekiranya mereka daripada golongan berkemampuan dan berkedudukan.

Diriwayatkan satu hadis marfu' daripada Abu Hurairah, maksudnya : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak mengerjakan ibadat korban, maka jangan sesekali mendekati musalla kami." (Hadis riwayat Al-Hakim)

Juga diriwayatkan bahawa apabila beliau ditanya mengenai ibadat korban, beliau menjawab: "Itulah sunnah daripada bapamu, Ibrahim." (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Al-Hakim)

Oleh itu, ibadat korban dikira sama ada sunnah muakkad atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan makruh jika seseorang yang mempunyai kelapangan tidak mengerjakan ibadat korban.

Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat.

Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.

Ada masyarakat beberapa golongan yang silap faham, lalu melakukan ibadat korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan itu tidak dikira sebagai ibadat korban.

Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal haiwan itu

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tazkirah Ramadhan Akhir

Pentazkirah Ust. Zulqarnain Bin Hassan ( KETUA JABATAN AL-SYARIAH) KIAS, memperkatakan adab-adab menyambut Aidil Fitri. Antaranya meminta umat Islam tidak leka pada malam Aidil fitri dengan aktiviti persiapan berhari raya, tetapi membuat pecutan terakhir dengan menggandakan amalan kehadrat Allah swt. Itulah peluang yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Beliau juga menyentuh perlakuan-perlakuan yang perlu dielakkan semasa menyambut hari lembaran dan menyarankan beberapa cara sambutan Aidil fitri yang mendapat keredhaan Allah swt.




 

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tazkirah Ramadhan 3

Jumaat 21 Ramadhan (10 Ogos), tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Hakimi dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Beliau menyentuh kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan dan meminta ahli jemaah merebut peluang untuk mendapat malam lailatulqadar. Melakukan semua ibadat kerana keimanan bukannya budaya. Selalu bersedekah walaupun sedikit, beriktiqah pada malam-malan terakhir, membaca al-quran, solat sunat, bersedekah, bertasbih, bertakbir dan bertahmid.


Rabu, 8 Ogos 2012

LAILATUL QADAR.....



 MARI LAH SAMA-SAMA KITA BERIKTIKAF DI MASJID BECHAH SEMAK DI 10 MALAM TERAKHIR NANTI   ...... 8/8/2012 BERSAMAAN 19 RAMADAN 1433H: PESANAN DARI IMAM MUDA

Sabtu, 4 Ogos 2012

TAZKIRAH RAMADHAN 2

Tazkirah Ramadhan kali kedua telah diadakan pada 14 Ramadhan bersamaan 3 Ogos 2012. Pentazkirah ialah Dr Mohd Azhar b Abdullah dari KIAS. Beliau menekankan kepentingan rahmat Allah dalam kehidupan untuk mendapat kebahagiaan pada hari akhirat nanti. Semua amalan yang kita lakukan di dunia ini hendaklah ikhlas dan luhur kerana amalan ibadat khususiah tidak mampu menampung seseorang untuk mendapat keredhaan Allah dan syurga-Nya. Semuanya bergantung kepada rahmat Allah.






Jumaat, 27 Julai 2012

TAZKIRAH RAMADHAN 1

Tazkirah Ramadhan 1 telah dilaksanakan pada 7 Ramadhan 1433/ 27 Julai 2012 di Masjid Beris Bechah Semak. Tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Kadi Daerah Jajahan Pasir Mas. Beliau menekankan kepentingan amalan pada bulan Ramadhan selain daripada kita berpuasa. 









Rabu, 20 Jun 2012

KULIAH MAGHRIB PERDANA

PENYAMPAI PROFESOR MADYA DR MOHD NAJIB B ABD KADIR
PENSYARAH KANAN JABATAN AL-QURAN DAN SUNNAH UKM

21 Jun 2012
Intipati ceramah  meminta supaya kita membaca al-quran dan memahami maksud atau maknanya juga.






Selasa, 29 Mei 2012

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan









Pada 28 April yang lalu satu program gotong royong diadakan di tanah perkuburan Masjid Bechah Semak, anjuran sebuah NGO Anak Bunut Susu.